Tuesday, 23 August 2011

SELAMAT HARI RAYA ^_^

Assalamualaikum.....  Ya Allah, dipenghujung Ramadhan yang penuh barakah ini, dan menjelang Syawal yang mulia, ku mohon kau berkati dan muliakanlah saudaraku ini, anugerahkan kebahagiaan utk dirinya, dan keluarganya, kurniakan ia segala kekuatan dan keteguhan iman, limpahi dan berkatilah rezekinya, tinggikan darjatnya, doa dan taubatnya. Amin Ya Robbal alamin.
 
Biar renggang difana dunia, biar hina dimata manusia, biar semangat semakin tua, biar harta semakin tiada, biar akal semakin berusia, biar jauh kedudukan kita, biar jurang pangkat kita, jangan tergadai Silaturrahim.
 
"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"
 
Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah.
Jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta.
Jika aku lemah,
Sedarkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok aku lena tanpa terjaga,
Iringilah lenaku dgn kalungan doa..
Berjanjilah wahai sahabatku,
Ukhwah kita utk selamanya..

Selamat Hari Raya `Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
 
 
Kepada Yang Balik Kampung, Berhati-hatilah Dijalan Raya
Kepulangan Anda Dinanti Orang Tersayang

No comments:

Post a Comment